Muka surat

Monday 15 August 2016

Harian




As a human, semakin kita dewasa semakin banyak dugaan yang kita terima. semua itu perkara biasa. Dugaan tu untuk memberi pengajaran dan pengalaman. Pengalaman itu mematangkan kita. Dugaan ini jugak sebagai penentu buat diri kita. Dengan dugaan ini kita boleh 
menilai tahap diri kita. 

Bagaimana
kita menyelesaikannya dan bagaimana cara kita menghadapinya, dari situ ia mengambarkan aspek watak diri kita dan juga cara pemikiran kita. orang sekeliling sentiasa di sisi untuk menghukum segala tindak tanduk kita.

Jangan cepat melatah. Hadapi segala dugaan ujian dengan tenang. Sesungguhnya Allah sentiasa berada bersama orang orang yang bersabar. Sentiasa bermohon perlindungan dan mohon keampunan terhadapNya. Menerima segala Qada' dan qadar. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang kita tidak sedar. 

Setiap apa yang berlaku sebenarnya Allah sedang tunjukkan kepada kita apa yang sebenarnya berlaku. Sebelum ini mungkin kita leka dan tidak dapat lihat. Tapi yakin lah selepas berlaku sesuatu barulah kita akan sedar dan akan mengubah kedudukan kita sama ada dari jahat ke baik atau sebaliknya. semua itu bergantung kepada individu itu sendiri. Jangan pernah pertikai dan merungut, kerna Tiada yang lebih baik selain perancangan Allah.

Akhir kata, Sabar dan bersyukur atas segala yang berlaku. Jangan pernah berhenti menyampaikan dakwah walaupun perit. setiap kebaikan yang kita buat inshaAllah di beri ganjaran kelak. Yang penting sentiasa ikhlas dan istiqomah dalam perjalanan kita menuju yang Satu

Have a nice day guys

No comments: