Muka surat

Saturday 4 April 2015

Hidup.





Hi, ok. cerita pasal hidup. apa ada dalam hidup kita?. simple,macam-macam ada. Yes, memang pelbagai jenis benda perkara dugaan dan nikmat ada dalam hidup kita. selagi kita belum mati maksudnya kita hidup. so kita hidup ni dkt mana? Of course dkt bumi. budak2 pun tau jawapan ni tapi nak tanya, sedar tak bumi ni siapa punya? hm.

Aku sebagai orang islam so aku tau lah milik siapa bumi ni, kalau orang agama lain tak tahu la pulak. Well, bumi ni Allah yang punya. Allah yang cipta. bukan setakat bumi sahaja Allah cipta tapi benda-benda lain jugak dari yang tak boleh nampak sampai yg boleh nampak dan termasuklah diri kita sendiri pun Allah cipta. Dkt bumi ni bukan manusia shj yang ada kehidupan okay. Jgn lupa haiwan dan tumbuhan jugak kehidupan dkt bumi ni. So jgn nak selfish sangat.  

cuba fikir, kalau lah Allah tak ciptakan tumbuhan dan haiwan dkt dunia agak jadi apa? boleh ke nak hidup. macam tak ja kan. kita ni sama shj dgn kehidupan yg lain tapi yg membezakan, kita ada akal tapi kehidupan yg lain tak ada. tu ja.

dahtu kenapa nak riak sangat? kita ni sapa di sisi Allah? bersyukur ke kita? suka merungut. tu dah biasa kan. tu la tanda-tanda kita tak tahu bersyukur. senang cerita macam ni. kenapa kita merungut? sebab kita tak suka. kenapa tak suka? sebab kita tengah di uji. tulah dugaan hidup. 

penah tak dengar ke baca dkt mana2 org cakap, there will be no rainbow without rain. faham tak maksud yg nak di sampaikan? hm, secara ringkas yg nk aku bagitau dekat sini, hidup ni tak akan rasa nikmat yang sebenar sebelum kita rasa dugaan hidup. Yelah dugaan mana yang seronok,mestilah pahit kan tapi, cuba bayangkan kalau kita boleh hadapi dugaan tu, nikmat seronok tu Allah kurnia kan dkt kita. Nikmat tu kita shj yg boleh rasa. sebab apa? sebab kita yang hadapi dugaan tu bukan org lain. 

so, apa-apa pun, pada mula memang akan pahit tpi kalau kita sentiasa sabar dan bersyukur, nescaya Allah akan tukarkan pahit tu kepada manis. dan pada masa tu, baru lah kita sedar. Setiap yang di rancang oleh Allah adalah yang terbaik untuk kita. Dan kita kena ingat, kehidupan ini hanya sementara tidak kekal. 

Have a nice day guys

Saturday 3 January 2015

Lepaskan




Malam ni aku baru sedar balik. Allah sengaja gerakkan hati aku untuk aku bukak wechat dan baca balik moment yang aku pernah create. Then, now I realise. Aku sebenarnya mengejar untuk menjadi yang lebih baik dan solehah pada pandangan Allah dan bukan pada mata manusia. Selama ni aku dah tergoda dengan godaan syaitan yang menghasut aku ke arah keburukan. Khilaf ku, terlalu melayan hati kecil yang mudah menyayangi manusia yang tak halal bagiku. Aku bazirkan masa .Dan fikiran aku di penuhi dengan dunia. Aku terlalu leka sampai tahap aku tak rasa bersalah dan takut.

Ya Rabb, Terima Kasih kerana kau sedarkan diri aku sebelum terlambat

Aku bersyukur sangat. Rasa macam nak menangis lepas tersedar ni. Banyak nya dosa yang aku dah buat selama ni. Tapi sikit pun aku tak hirau. Selama ni aku rosak kan hati aku dengan perkara yang melalaikan ni. Sampai satu tahap aku pernah menangis di sebabkan dia. Aku bazirkan air mata dan telah hancurkan hati ni sebab dia. Kononnya sebab aku sayang so aku rela tabahkan hati. 

Dan sampai tahap , aku pura-pura bahagia, pura-pura senyum depan kawan depan family padahal hati tu sebak, tak bahagia rasa sepi rasa nak jerit sekuat hati rasa tak kuat rasa putus asa rasa nak nangis. Tapi aku silap. Pencipta aku yang lebih layak untuk aku titiskan air mata taubat. Aku sentiasa ingat dia tapi aku selalu lupa Allah. Aku selalu cuba cari perhatian dia tapi aku tak pernah cuba cari perhatian Allah. Walaupun aku selalu terlupa tapi Allah selalu ingat aku. :'( Buktinya dia sedarkan aku sekarang ni

Bila aku fikirkan balik. Bodohnya aku layan benda-benda ni. Aku lupa yang Ajal semakin dekat.
 kalaulah aku tetiba mati. Allah, tak terbayang aku nak tanggung dosa aku! Aku tak sanggup nak terima azab Allah. Ya Allah ampunkan lah dosa aku. sebak rasanya bila fikir balik. hmmmm
kenapa aku jadi macam ni, Aku pulak tak mampu nak ajak kawan aku ke arah kebaikan. Berdosa nya aku. 

Sedarlah wahai hati, Sesungguhnya Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik dalam hidup kita. kita perlu sabar dan cekal untuk elak godaan syaitan dan liku-liku kehidupan. Tak perlu menunggu sesuatu yang tak pasti. Tinggalkan dan lepaskan perkara yang membawa kita ke neraka!

The Man that really wanted you will come to you in manly way and will purpose you to be his wife not his girlfriend. Think deep inside and keep thingking and never forget about it.

Let Allah settle down everything. He knows better than us. He is our creator. Just keep in faith in Him and Insha Allah everything will be fine. Never give up! May Allah ease everything.
Repair our relationship with Allah first, Then Allah will repair repair everything else for us.



                                               
                                                                                                       Love,Dyanasang.

Have a nice day guys