Muka surat

Saturday 3 January 2015

Lepaskan




Malam ni aku baru sedar balik. Allah sengaja gerakkan hati aku untuk aku bukak wechat dan baca balik moment yang aku pernah create. Then, now I realise. Aku sebenarnya mengejar untuk menjadi yang lebih baik dan solehah pada pandangan Allah dan bukan pada mata manusia. Selama ni aku dah tergoda dengan godaan syaitan yang menghasut aku ke arah keburukan. Khilaf ku, terlalu melayan hati kecil yang mudah menyayangi manusia yang tak halal bagiku. Aku bazirkan masa .Dan fikiran aku di penuhi dengan dunia. Aku terlalu leka sampai tahap aku tak rasa bersalah dan takut.

Ya Rabb, Terima Kasih kerana kau sedarkan diri aku sebelum terlambat

Aku bersyukur sangat. Rasa macam nak menangis lepas tersedar ni. Banyak nya dosa yang aku dah buat selama ni. Tapi sikit pun aku tak hirau. Selama ni aku rosak kan hati aku dengan perkara yang melalaikan ni. Sampai satu tahap aku pernah menangis di sebabkan dia. Aku bazirkan air mata dan telah hancurkan hati ni sebab dia. Kononnya sebab aku sayang so aku rela tabahkan hati. 

Dan sampai tahap , aku pura-pura bahagia, pura-pura senyum depan kawan depan family padahal hati tu sebak, tak bahagia rasa sepi rasa nak jerit sekuat hati rasa tak kuat rasa putus asa rasa nak nangis. Tapi aku silap. Pencipta aku yang lebih layak untuk aku titiskan air mata taubat. Aku sentiasa ingat dia tapi aku selalu lupa Allah. Aku selalu cuba cari perhatian dia tapi aku tak pernah cuba cari perhatian Allah. Walaupun aku selalu terlupa tapi Allah selalu ingat aku. :'( Buktinya dia sedarkan aku sekarang ni

Bila aku fikirkan balik. Bodohnya aku layan benda-benda ni. Aku lupa yang Ajal semakin dekat.
 kalaulah aku tetiba mati. Allah, tak terbayang aku nak tanggung dosa aku! Aku tak sanggup nak terima azab Allah. Ya Allah ampunkan lah dosa aku. sebak rasanya bila fikir balik. hmmmm
kenapa aku jadi macam ni, Aku pulak tak mampu nak ajak kawan aku ke arah kebaikan. Berdosa nya aku. 

Sedarlah wahai hati, Sesungguhnya Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik dalam hidup kita. kita perlu sabar dan cekal untuk elak godaan syaitan dan liku-liku kehidupan. Tak perlu menunggu sesuatu yang tak pasti. Tinggalkan dan lepaskan perkara yang membawa kita ke neraka!

The Man that really wanted you will come to you in manly way and will purpose you to be his wife not his girlfriend. Think deep inside and keep thingking and never forget about it.

Let Allah settle down everything. He knows better than us. He is our creator. Just keep in faith in Him and Insha Allah everything will be fine. Never give up! May Allah ease everything.
Repair our relationship with Allah first, Then Allah will repair repair everything else for us.



                                               
                                                                                                       Love,Dyanasang.

Have a nice day guys