Muka surat

Tuesday 28 February 2017

stop or continue?

bila hati sukar untuk menerima godaan mahupun tersentuh dengan ayat ayat manusia dia bersyukur sangat. dari situ dia boleh cuba elak dari berlaku perkara yang dia belum patut rasa dalam waktu yang tidak sepatutnya. walaupun terkadang perasaan ingin itu sentiasa ada tapi dia cuba untuk tidak terjebak dan sentiasa belajar kekal dalam perjuangan dia.

sampai lah suatu masa, bila dia sudah bersedia dan hati dia sudah terbuka untuk menerima segalanya dan sayang semuanya hancur. pada permulaan segalanya dia sudah merasakan kehancuran. betapa dia menyesal. apakah ini adalah salah satu hikmah dalam menunjukkan dia tidak perlu atau pun belum perlukan semua ini?

dia bukanlah seorang yang kejam, disebabkan hatinya pernah hancur maka dia cuba lebih berhati dalam membuka kembali hatinya kepada manusia yang belum tahu tujuan sebenarnya. dia senantiasa cuba untuk memerhati setiap gerak geri mahupun perbuatan manusia disekelilingnya. dia cuba menguji manusia yang cuba mendekatinya sebelum menyerahkan kepada takdir.

hasilnya hampir semua yang dijumpai tidak mampu bertahan. semuanya pupus dipertengahan jalan. dia kekal sabar dan bersyukur kerana tuhan memperlihatkan segalanya supaya dia tidak tersalah dalam memilih.

suatu hari dia bersedia untuk memilih seseorang yang dia yakin dan akhirnya perkara yang sama berulang, dia di kecewakan kerana salah faham yang tidak disangka. dan dia masih berharap pada insan yang sama, menanti dengan sabar dengan harapan dapat memperbetulkan keadaan dan merasakan bahagia yang dia terlalu sukar untuk digapai.

dalam masa yang sama dia masih keliru dalam tindakan yang dilakukan. adalah apa yang sedang di lakukan berpatutan dan perlu. ataupun dia perlu berhenti berharap?


Have a nice day guys

Sunday 5 February 2017

ketika melangkah

assalamualaikum, entry kali ini mengisarkan tentang jatuh bangun ketika nak menuju "the right path". so let's begin!

bagi sesiapa yang pernah lalui atau sedang lalui perkara ni dia akan faham betapa susah nak tetapkan hati yang bercelaru dengan kehendak tuhan.  susah nak kawal keinginan hati yang terlalu mudah terpesona dengan keindahan duniawi yang sementara.  indah dunia sementara, indah syurga selamanya.  jadi tepuk dada tanya diri nak pilih yang mana.  dalam nak teguhkan pendirian diri supaya tak terjebak dengan perkara yang dilarang ni sangat menguji kekuatan mental, tambah pulak kalau dengan keadaan iman yang senipis kulit bawang.

tak dinafikan, usaha untuk perbaiki diri ni kekadang boleh terganggu disebabkan pengaruh perkara disekeliling. misalnya, pengaruh kawan. dalam sedar tak sedar, kawan main peranan penting dalam kes ni. kawanlah yang akan menegur baik buruk silap kita. sebab, kita manusia kebiasaan nya memang tidak terlihat kesalahan sendiri melainkan kesalahan orang lain. jadi faktor memilih kawan dalam menasihati kita ke arah yang menuju kebaikan dan memberi teguran dan bimbingan dalam mendekatkan kita kepada Allah adalah amat diperlukan.

kekadang, ketika dalam menuju perubahan yang baik ni kita rasa sunyi. rasa sunyi sebab tak semua orang mampu ikut cara kita tak mampu nak terima perubahan dan segalanya. disebabkan itu jugak terkadang kita rasa macam tak seronok nak teruskan perubahan tu rasa macam nak ikut kawan kawan yang tak seiringan dengan perubahan kita walaupun kawan kita tak pernah menghalang kita untuk berubah. kita akan di uji dan di situ terlihatlah segalanya kemampuan diri kita. Dan percaya lah semua yang kita rasa itu sebenarnya bisikan syaitan yang menghasut untuk berputus asa.

sebagai nasihat untuk diri sendiri dan semua, jangan pernah rasa menyesal dalam melakukan kebaikan dan walaupun hati pernah terdetik untuk berputus asa tolong tabah demi mendapat redha ilahi. If you want the rainbow you need to deal the rain. yakin dengan diri kita boleh lakukan. kalau kita mampu melaksanakan apa yang patut kita lakukan sebagai hambaNya, inshaAllah kita akan rasa tenang sentiasa nikmat yang tidak boleh dibeli :sakinah: the priceless gift. terima kasih


Have a nice day guys