Muka surat

Tuesday 28 February 2017

stop or continue?

bila hati sukar untuk menerima godaan mahupun tersentuh dengan ayat ayat manusia dia bersyukur sangat. dari situ dia boleh cuba elak dari berlaku perkara yang dia belum patut rasa dalam waktu yang tidak sepatutnya. walaupun terkadang perasaan ingin itu sentiasa ada tapi dia cuba untuk tidak terjebak dan sentiasa belajar kekal dalam perjuangan dia.

sampai lah suatu masa, bila dia sudah bersedia dan hati dia sudah terbuka untuk menerima segalanya dan sayang semuanya hancur. pada permulaan segalanya dia sudah merasakan kehancuran. betapa dia menyesal. apakah ini adalah salah satu hikmah dalam menunjukkan dia tidak perlu atau pun belum perlukan semua ini?

dia bukanlah seorang yang kejam, disebabkan hatinya pernah hancur maka dia cuba lebih berhati dalam membuka kembali hatinya kepada manusia yang belum tahu tujuan sebenarnya. dia senantiasa cuba untuk memerhati setiap gerak geri mahupun perbuatan manusia disekelilingnya. dia cuba menguji manusia yang cuba mendekatinya sebelum menyerahkan kepada takdir.

hasilnya hampir semua yang dijumpai tidak mampu bertahan. semuanya pupus dipertengahan jalan. dia kekal sabar dan bersyukur kerana tuhan memperlihatkan segalanya supaya dia tidak tersalah dalam memilih.

suatu hari dia bersedia untuk memilih seseorang yang dia yakin dan akhirnya perkara yang sama berulang, dia di kecewakan kerana salah faham yang tidak disangka. dan dia masih berharap pada insan yang sama, menanti dengan sabar dengan harapan dapat memperbetulkan keadaan dan merasakan bahagia yang dia terlalu sukar untuk digapai.

dalam masa yang sama dia masih keliru dalam tindakan yang dilakukan. adalah apa yang sedang di lakukan berpatutan dan perlu. ataupun dia perlu berhenti berharap?


Have a nice day guys

No comments: