Muka surat

Monday, 15 August 2016

Harian




As a human, semakin kita dewasa semakin banyak dugaan yang kita terima. semua itu perkara biasa. Dugaan tu untuk memberi pengajaran dan pengalaman. Pengalaman itu mematangkan kita. Dugaan ini jugak sebagai penentu buat diri kita. Dengan dugaan ini kita boleh 
menilai tahap diri kita. 

Bagaimana
kita menyelesaikannya dan bagaimana cara kita menghadapinya, dari situ ia mengambarkan aspek watak diri kita dan juga cara pemikiran kita. orang sekeliling sentiasa di sisi untuk menghukum segala tindak tanduk kita.

Jangan cepat melatah. Hadapi segala dugaan ujian dengan tenang. Sesungguhnya Allah sentiasa berada bersama orang orang yang bersabar. Sentiasa bermohon perlindungan dan mohon keampunan terhadapNya. Menerima segala Qada' dan qadar. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang kita tidak sedar. 

Setiap apa yang berlaku sebenarnya Allah sedang tunjukkan kepada kita apa yang sebenarnya berlaku. Sebelum ini mungkin kita leka dan tidak dapat lihat. Tapi yakin lah selepas berlaku sesuatu barulah kita akan sedar dan akan mengubah kedudukan kita sama ada dari jahat ke baik atau sebaliknya. semua itu bergantung kepada individu itu sendiri. Jangan pernah pertikai dan merungut, kerna Tiada yang lebih baik selain perancangan Allah.

Akhir kata, Sabar dan bersyukur atas segala yang berlaku. Jangan pernah berhenti menyampaikan dakwah walaupun perit. setiap kebaikan yang kita buat inshaAllah di beri ganjaran kelak. Yang penting sentiasa ikhlas dan istiqomah dalam perjalanan kita menuju yang Satu

Have a nice day guys

Pilih



so hi and good evening.

kita selalu penat dengan dunia. penat dari macam macam aspek. Dan salah satu nya penat dari segi kena buat pilihan. Nak memilih bukan senang. nak nak kalau pilihan tu akan beri kesan jangka panjang dalam hidup kita. nak buat pilihan ni perlukan masa. bukan sekadar masa tapi perlukan ketenangan jiwa dan emosi. kalau emosi terganggu tak stabil, keputusan utk pemilihan pun berdasarkan emosi yang tak stabil. so hasilnya menyesal di kemudian hari. nak buat keputusan tk boleh guna nafsu.

jangan buat keputusan ketika sedang gembira sebab kita tk sedar ada peria di sebalik madu. jangan buat keputusan ketika sedih atau marah sebab keputusan pilihan itu hasutan syaitan yang mengiringi. jangan terlalu lama buat keputusan sebab nanti berubah hati. tetap kan iman dan pilih sebab Allah. jangan pernah lupa segalanya datang dari Allah. buat lah apa pun cuma pastikan Allah tak murka dan semoga Allah sentiasa memberkati hidup kita.

makin meningkat usia kita akan sedar, untuk buat keputusan adalah benda yang paling sukar dan tak ramai mampu menggalas tanggungjawab atas segala pilihan yang di buat.
sekian, maaf jika ad khilaf.

Have a nice day guys

Sunday, 7 August 2016

takda kaitan

Hello, dh lama tk blogging. rasa janggal pulak sebab tajuk tadak kaitan dengan entry. nevermind, lets begin.

Hm, okay. apa yang nak di ceritakan dan nak di khabar kan tak ada dengan sesiapa. this is my personal opinion. sebagai seorang perempuan islam, aku rasa janggal untuk berkawan apatah lagi bermesra dengan mana mana lelaki tapi itu dulu. di sebabkan faktor abang abang yang sentiasa mengawal gerak geri aku jadi aku punya pergaulan pun terbatas lah. every single thing yang aku buat mesti abang abang aku akan tahu. dulu aku tak suka sebab aku rasa di kongkong dan sampai sekarang pun. tapi hikmah di sebalik perkara ni, banyak. so be cool.

Cerita bab kawan dan pergaulan ni. aku ni perempuan tapi aku tak berapa suka bergaul dengan perempuan. Bukan lah maksudnya benci cuma kurang "kamceng" atau tak boleh nak ngam. aku cakap macam tu sebab, aku tak suka perangai perempuan yang mengada dan banyak masalah dunia ni. nak nak kalau perempuan ni jenis bajet anak orang kaya, demand tinggi. No no no no! i don't like it.

aku bukan manusia yang boleh perangai macam tu. aku rasa semak jiwa. yang tetiba nak sentap tetiba nak moody tetiba cari pasai tetiba suka create masalah. tak masuk lagi yang bergaduh dengan marka. alamak serabut. aku tk cakap aku ni bagus tapi setiap hari aku akan cuba utk jadi better than yesterday.

walau bagaimanpun, aku cuba lah untuk bersabar dengan sejenis perempuan yang begitu. sometimes aku suka tegur yang mana aku nampak salah tapi itulah, tak semua boleh terima. some of them akan cakap aku ni dengki. sumpah, aku tk pernah ad niat nak berdengki. aku tegur maksudnya aku masih ad perasaan kesian&kasih. so please jangan salah faham.


Have a nice day guys

Saturday, 4 April 2015

Hidup.





Hi, ok. cerita pasal hidup. apa ada dalam hidup kita?. simple,macam-macam ada. Yes, memang pelbagai jenis benda perkara dugaan dan nikmat ada dalam hidup kita. selagi kita belum mati maksudnya kita hidup. so kita hidup ni dkt mana? Of course dkt bumi. budak2 pun tau jawapan ni tapi nak tanya, sedar tak bumi ni siapa punya? hm.

Aku sebagai orang islam so aku tau lah milik siapa bumi ni, kalau orang agama lain tak tahu la pulak. Well, bumi ni Allah yang punya. Allah yang cipta. bukan setakat bumi sahaja Allah cipta tapi benda-benda lain jugak dari yang tak boleh nampak sampai yg boleh nampak dan termasuklah diri kita sendiri pun Allah cipta. Dkt bumi ni bukan manusia shj yang ada kehidupan okay. Jgn lupa haiwan dan tumbuhan jugak kehidupan dkt bumi ni. So jgn nak selfish sangat.  

cuba fikir, kalau lah Allah tak ciptakan tumbuhan dan haiwan dkt dunia agak jadi apa? boleh ke nak hidup. macam tak ja kan. kita ni sama shj dgn kehidupan yg lain tapi yg membezakan, kita ada akal tapi kehidupan yg lain tak ada. tu ja.

dahtu kenapa nak riak sangat? kita ni sapa di sisi Allah? bersyukur ke kita? suka merungut. tu dah biasa kan. tu la tanda-tanda kita tak tahu bersyukur. senang cerita macam ni. kenapa kita merungut? sebab kita tak suka. kenapa tak suka? sebab kita tengah di uji. tulah dugaan hidup. 

penah tak dengar ke baca dkt mana2 org cakap, there will be no rainbow without rain. faham tak maksud yg nak di sampaikan? hm, secara ringkas yg nk aku bagitau dekat sini, hidup ni tak akan rasa nikmat yang sebenar sebelum kita rasa dugaan hidup. Yelah dugaan mana yang seronok,mestilah pahit kan tapi, cuba bayangkan kalau kita boleh hadapi dugaan tu, nikmat seronok tu Allah kurnia kan dkt kita. Nikmat tu kita shj yg boleh rasa. sebab apa? sebab kita yang hadapi dugaan tu bukan org lain. 

so, apa-apa pun, pada mula memang akan pahit tpi kalau kita sentiasa sabar dan bersyukur, nescaya Allah akan tukarkan pahit tu kepada manis. dan pada masa tu, baru lah kita sedar. Setiap yang di rancang oleh Allah adalah yang terbaik untuk kita. Dan kita kena ingat, kehidupan ini hanya sementara tidak kekal. 

Have a nice day guys

Saturday, 3 January 2015

Lepaskan




Malam ni aku baru sedar balik. Allah sengaja gerakkan hati aku untuk aku bukak wechat dan baca balik moment yang aku pernah create. Then, now I realise. Aku sebenarnya mengejar untuk menjadi yang lebih baik dan solehah pada pandangan Allah dan bukan pada mata manusia. Selama ni aku dah tergoda dengan godaan syaitan yang menghasut aku ke arah keburukan. Khilaf ku, terlalu melayan hati kecil yang mudah menyayangi manusia yang tak halal bagiku. Aku bazirkan masa .Dan fikiran aku di penuhi dengan dunia. Aku terlalu leka sampai tahap aku tak rasa bersalah dan takut.

Ya Rabb, Terima Kasih kerana kau sedarkan diri aku sebelum terlambat

Aku bersyukur sangat. Rasa macam nak menangis lepas tersedar ni. Banyak nya dosa yang aku dah buat selama ni. Tapi sikit pun aku tak hirau. Selama ni aku rosak kan hati aku dengan perkara yang melalaikan ni. Sampai satu tahap aku pernah menangis di sebabkan dia. Aku bazirkan air mata dan telah hancurkan hati ni sebab dia. Kononnya sebab aku sayang so aku rela tabahkan hati. 

Dan sampai tahap , aku pura-pura bahagia, pura-pura senyum depan kawan depan family padahal hati tu sebak, tak bahagia rasa sepi rasa nak jerit sekuat hati rasa tak kuat rasa putus asa rasa nak nangis. Tapi aku silap. Pencipta aku yang lebih layak untuk aku titiskan air mata taubat. Aku sentiasa ingat dia tapi aku selalu lupa Allah. Aku selalu cuba cari perhatian dia tapi aku tak pernah cuba cari perhatian Allah. Walaupun aku selalu terlupa tapi Allah selalu ingat aku. :'( Buktinya dia sedarkan aku sekarang ni

Bila aku fikirkan balik. Bodohnya aku layan benda-benda ni. Aku lupa yang Ajal semakin dekat.
 kalaulah aku tetiba mati. Allah, tak terbayang aku nak tanggung dosa aku! Aku tak sanggup nak terima azab Allah. Ya Allah ampunkan lah dosa aku. sebak rasanya bila fikir balik. hmmmm
kenapa aku jadi macam ni, Aku pulak tak mampu nak ajak kawan aku ke arah kebaikan. Berdosa nya aku. 

Sedarlah wahai hati, Sesungguhnya Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik dalam hidup kita. kita perlu sabar dan cekal untuk elak godaan syaitan dan liku-liku kehidupan. Tak perlu menunggu sesuatu yang tak pasti. Tinggalkan dan lepaskan perkara yang membawa kita ke neraka!

The Man that really wanted you will come to you in manly way and will purpose you to be his wife not his girlfriend. Think deep inside and keep thingking and never forget about it.

Let Allah settle down everything. He knows better than us. He is our creator. Just keep in faith in Him and Insha Allah everything will be fine. Never give up! May Allah ease everything.
Repair our relationship with Allah first, Then Allah will repair repair everything else for us.



                                               
                                                                                                       Love,Dyanasang.

Have a nice day guys