Muka surat

Sunday, 5 February 2017

ketika melangkah

assalamualaikum, entry kali ini mengisarkan tentang jatuh bangun ketika nak menuju "the right path". so let's begin!

bagi sesiapa yang pernah lalui atau sedang lalui perkara ni dia akan faham betapa susah nak tetapkan hati yang bercelaru dengan kehendak tuhan.  susah nak kawal keinginan hati yang terlalu mudah terpesona dengan keindahan duniawi yang sementara.  indah dunia sementara, indah syurga selamanya.  jadi tepuk dada tanya diri nak pilih yang mana.  dalam nak teguhkan pendirian diri supaya tak terjebak dengan perkara yang dilarang ni sangat menguji kekuatan mental, tambah pulak kalau dengan keadaan iman yang senipis kulit bawang.

tak dinafikan, usaha untuk perbaiki diri ni kekadang boleh terganggu disebabkan pengaruh perkara disekeliling. misalnya, pengaruh kawan. dalam sedar tak sedar, kawan main peranan penting dalam kes ni. kawanlah yang akan menegur baik buruk silap kita. sebab, kita manusia kebiasaan nya memang tidak terlihat kesalahan sendiri melainkan kesalahan orang lain. jadi faktor memilih kawan dalam menasihati kita ke arah yang menuju kebaikan dan memberi teguran dan bimbingan dalam mendekatkan kita kepada Allah adalah amat diperlukan.

kekadang, ketika dalam menuju perubahan yang baik ni kita rasa sunyi. rasa sunyi sebab tak semua orang mampu ikut cara kita tak mampu nak terima perubahan dan segalanya. disebabkan itu jugak terkadang kita rasa macam tak seronok nak teruskan perubahan tu rasa macam nak ikut kawan kawan yang tak seiringan dengan perubahan kita walaupun kawan kita tak pernah menghalang kita untuk berubah. kita akan di uji dan di situ terlihatlah segalanya kemampuan diri kita. Dan percaya lah semua yang kita rasa itu sebenarnya bisikan syaitan yang menghasut untuk berputus asa.

sebagai nasihat untuk diri sendiri dan semua, jangan pernah rasa menyesal dalam melakukan kebaikan dan walaupun hati pernah terdetik untuk berputus asa tolong tabah demi mendapat redha ilahi. If you want the rainbow you need to deal the rain. yakin dengan diri kita boleh lakukan. kalau kita mampu melaksanakan apa yang patut kita lakukan sebagai hambaNya, inshaAllah kita akan rasa tenang sentiasa nikmat yang tidak boleh dibeli :sakinah: the priceless gift. terima kasih


Have a nice day guys

Monday, 12 December 2016

Tersembunyi

Assalamualaikum,

memandangkan aku tengah ada idea dan mood untuk blogging jadi aku rasa elok lah aku mengarang serba sedikit apa yang terlintas di otak dan terbuku di hati. semoga setiap apa yang di karang ni memberi manfaat bersama, lets begin.

dalam hidup ni sebenarnya tk semua benda kita nampak misalnya salah sendiri dan lain-lain, Begitu jugak nikmat yang kita dapat tanpa kita sedar dan hikmah di sebalik setiap perkara. contoh paling senang mcm ni lah, kita lapar pi kedai nak makan tetiba kedai tutup. dah kecewa dkt situ. tapi bila balik rumah mak masak makanan sedap. nikmat tu.  sebab apa? sebab dapat makan sedap tanpa perlu bayar.

kekadang benda yang kita nak sangat sangat tu memang susah nak dapat, usaha kuat kemain tapi masih tk dapat. tengok tengok orang lain yang dapat padahal dia tk mintak pun sometimes dia takmau pun, siap reject lagi adalah. kita yang tengok dari jauh ni rasa sedih ada, geram ada kan tapi macam mana pun kena terima hakikat. Allah tak bagi tu bersebab.

Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita ingin. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Jadi kita terima dgn redha. Follow the flow, but still if you want something you need to put some effort. Kekadang kita rasa mcm dah berusaha teruk dah tapi masih tak dapat. pernah fikir kenapa? mungkin salah satu sebab kalau kita dapat kita lalai ingat Allah. Boleh jadi jugak, sebab Allah dah sedia yang lebih baik buat kita cuma kita belum dapat kerana belum tiba masanya. Dan ada banyak lagi faktor lain. kenapa dan mengapa itu rahsia Allah, hanya Allah yang tahu apa sebabnya. Jadi Sabar.

One more issue, sometimes kita ni emosi lebih sebab tak dapat benda yang kita nak. overthinking tu kekadang sampai tahap pertikai kan takdir. Itu dah berdosa tu dah di anggap tak redha dengan ketentuan ilahi. Jadi tips untuk elak overthingking is ; don't think of the things you didn't get after praying but think of the countless blessing that Allah gave you without asking. No one can make you happy unless you decide to be happy.

sekian, itu sahaja. terima kasih dan maaf jika ada salah.


Have a nice day guys

Thursday, 17 November 2016

Dugaan

Assalamualaikum, tajuk harini khas buat mereka yang sedang sedaya upaya berjihad untuk berubah. aku tahu, nak berubah banyak cabaran jadi sabar tau. Aku sendiri pun sedang berusaha untuk perbetulkan diri.

Berubah bukan perkara mudah. dan paling penting tak semua orang dapat hidayah untuk berubah. jadi dekat situ pun kena bersyukur sangat sangat dah. Aku akui memang bila kita nak berubah ni macam macam dugaan. Syaitan lagi kuat menghasut untuk nak kita tak kembali jalan yang benar. You know what, waktu macam ni lah kita akan hadap dengan macam perkara yang kita tak duga. kita sangka bila kita berubah untuk ke arah kebaikan jadinya tadak masalah sebab buat benda baik. maksudnya tak akan adalah orang nak keji, nak marah dan segala macam kan? tapi itu salah.

Aku bukan nak bagi patah semangat tapi nak bagi semangat dan pesanan. aku cakap ni untuk persediaan awal. jangan ingat kita berubah orang suka. No! tak semua macam tu. kadang2 ada yang hati dia jadi dengki dengan kita sebab syaitan hasut dia. dan itu jugak dugaan buat kita nak uji iman kita. kalau kita cepat mengalah kecundanglah kita dan syaitan akan berpesta.

berdasarkan pengalaman sendiri, dugaan godaan syaitan supaya terpengaruh dgn hawa nafsu dunia. waktu nak berubah tu pernah jugak terfikir kalau aku berubah, nanti aku dh tak boleh nak enjoy macam sekarang. tak boleh bebas since aku ni perempuan. kena jaga batas pergaulan, percakapan dan banyak bla bla bla. Jadi waktu tu, terlintas untuk "hold" sekejap niat aku tu dan enjoy dulu. Dan waktu tu memang boleh nampak iman lemah, syaitan bisik macam tu terus aku kecundang.

Nak cakap, tolong jangan jadi macam aku. tak berbaloi buat macam tu. enjoy tu dunia ja, jadi benda tu semua sementara. bayangkan kalau tetiba mati waktu enjoy, nyesal tak habis babe. pengajaran, jangan teragak agak nak berubah. terus kan niat tu okay.

macam mana aku tergerak berubah balik? Alhamdulillah, Allah bagi aku petunjuk. dia munculkan orang2 yang baik dan dari situ, aku nilai balik diri aku dan aku sedar ,dah menyimpang teruk. Bersyukur sangat. So don't waste your time and move on!

Pengajaran yang aku dapat kongsikan, kalau nak berubah lebih baik kita dekatkan diri kita dgn golongan yang kita nampak boleh bantu kita, kalau tadak macam tu jadi kita kenalah jauhkan diri kita dari perkara yg bakal pengaruh kita utk kecundang. sekian,

Maaf jika ada salah., Terima kasih


Have a nice day guys

Tuesday, 4 October 2016

Rindu

kenapa hati selalu rindu kenangan walaupun otak sedaya upaya cuba untuk melupakan? hati dan otak selalu tak sehaluan. hati selalu mudah tersentuh. otak selalu halang diri untuk mengalah dengan kata hati. bila orang minta maaf hati mudah memaafkan tetapi otak sukar untuk melupakan.

Rindu bunyi macam perkara biasa tapi hanya yang rasa tahu betapa peritnya. You can't explain how exactly the real things is going on, until you experience it yourself. walau sehebat mana kita cuba halang diri untuk mengingati, sehebat itu jugak lah kita akan terus ingat dan imbas segala memori yang telah berlaku. bukan kehendak diri tapi hati dan otak yang beri respon.

orang pernah pesan, jangan cuba untuk halang perasaan kita, sebab semakin halang semakin menjadi. jadi biarkan lah nanti lama kelamaan akan hilang. tapi sampai bila? itu aku sendiri pun tak pasti. mungkin bila dh berjumpa dengan orang baru yang dapat cipta kenangan baru. siapa tahu. Itu semua perancangan Allah. kita hamba, hanya perlu berharap kepadaNya.

He decides everything for us. Jangan berharap pada janji manusia, sebab manusia akan mengecewakan kita. Berharaplah pada Allah, sesungguhnya Dia tidak pernah memungkiri janji. pesan buat diri sendiri dan yang lain. kalau rindu, doa lah semoga hati tak terlalu rindu pada perkara yang tak pasti dan semoga hati tidak lalai mengingatiNya.

Maaf jika ad khilaf., terima kasih.


Have a nice day guys

Impian sekadar mimpi



Alhamdulillah for everything, 2 October 2016 aku dah masuk angka 2 series. Seriously tak sangka babe. since dah officially 20 ni. rasa makin tak percaya. sebab there is still lot of thing that i still cant manage properly. dulu kecik2  berangan kononnya time 20 tu dah ada job and income sendiri. dah mampu kereta sendiri, rumah sendiri, boleh shopping macam macam and so on la.ni semua sebab terjebak dengan drama kat tv. haha aduhai.

tapi tu time2 kecik, still tak matang langsung ingatkan semua benda orang dewasa buat nampak macam best. kononnya bila dh jadi dewasa ni dapat rasa kebebasan which is boleh hidup on your own, go anywhere without permission and do what ever we want.

sebab apa fikir macam tu? sebab zaman kanak2 rasa terkongkong, semua benda nak buat semua ayah dgn mak halang abang dgn kakak marah. rasa mcm lifeless kononnya lah. padahal bila dah masuk alam remaja nak ke dewasa pun dah cukup rasa beban. nak hidup everyday kena struggle.
bila dah umur2 macam ni, barulah sedar kenapa parents selalu halang tak bagi buat apa benda yang kita nak waktu kecik2 dulu. yalah dulu mana nak tahu apa, yang tau nak seronoknya enjoy dengan kawan2. tk fikir pasal kesan2 dkt diri sendiri dgn org lain.

Alhamdulillah, sebab Allah kurnia kan aku family yang caring mcm ni. even kekadang rasa macam over protective tapi tu tandanya sayang. so hargai lah setiap orang dalam family kita. malas nak cakap banyak since aku menaip ni pukul 2.30 pagi jadi aku rasa setakat ni jelah. bye, Assalamualaikum.

Have a nice day guys